Followers

Friday 29 July 2011

Hargai apa yg kita miliki


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita 
tidak boleh selalu melihat ke belakang.
Tapi pandanglah semua itu ke depan, 
pandanglah masa depan kita.  Kita dilahirkan dengan 
2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat 
mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Memilih
 mana yang benar dan mana yang salah.  Kita lahir 
dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga 
tidak peduli semiskin mana pun kita, kita 
tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun 
yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita
 dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan
 dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas
 dan multiara.  Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya
 diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang 
sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa 
membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal
 lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah
 bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

No comments:

Post a Comment